5 Soalan Untuk Ditanya Masa Interview Kalau Ditanya, Do You Have Any Question




Jangan jawab, Saya takde soalan. 



Rasanya korang yang dah pernah pergi interbiu, biasa ke tidak, dan salah satu soalan yang dorang (yang interbiu korang tu) selalu tanya adalah:

Do you have any question? 
Dan jawapan yang kita selalu bagi kalau ditanya soalan ni, 

1. Rasanya takde kot. 
2. Benefit pekerja
3. Jadual bekerja

Takpa. Kita belajar dari kesilapan, kan?Yang soalan-soalan yang saya nak kongsi dengan korang, saya dah test masa saya interview kat IBM (dapat), Shell (dapat), DKSH (dapat). 

Even kalau korang interview untuk masuk Universiti pun, walaupun bukan soalan ni yang korang tanya, tapi kalau korang "design" soalan korang yang menunjukkan korang dah:

1. Prepare
2. Berpelajaran
3. Semangat ingin tahu

Ini akan meningkatkan peluang korang diterima masuk, terutamanya kalau kat kompeni MNC. Dalam senarai ni, saya akan bagi dalam bahasa sempoi, dan bagi korang ayat proper dalam bahasa Inggeris so korang boleh senang paham poin yang saya nak sampaikan. Jom, kita mula dengan yang pertama: 

1. Kalau saya start esok, apa yang akan jadi "top priority" keje yang saya perlu buat?

If I were to start tomorrow, what would be the top priority on my to-do list? 

Jawapan untuk soalan ni akan bagi korang sedikit gambaran tentang keje yang korang apply tu. Dan dengan soalan ni, korang dapat berikan gambaran kat yang interbiu korang tu, kita sangat berminat dan komited untuk mulakan keje dengan impak maksima. 


2. Apa korang pikir yang top two personaliti yang korang cari untuk keje ni?

What would you say are the top two personality traits someone needs to do this job well?

Yang ni akan berikan peluang kat diri korang supaya yang panel interbiu tu untuk skip judgement dorang kat korang berdasarkan resume yang korang submit, dan fokus kat diri korang sebagai individu. 

Contohnya, kalau dorang cakap, kiteorang cari yang kreatip dan ingin tau, jawapan tu menunjukkan yang korang akan banyak keje sendiri, secara independent lah. 

Kalau dorang jawab sabar dan bekerjasama, maksudnya korang akan banyak keje dengan orang lah. 

Jawapan dorang maybe lain-lain. Tapi yang penting, ni boleh jadi sebagai kayu pengukur untuk korang: korang boleh fit atau  tidak dalam organisasi ni

3. Apa perubahan atau penambahbaikkan untuk position ni yang korang harap dari calon yang berjaya? 

What improvements or changes do you hope the new candidate will bring to this position?


Jawapan dorang untuk soalan ni akan memberikan gambaran jugak, kenapa mamat yang keje position tu sebelum ni, blah atau ilang keje. 

Tapi, kalau dorang dapat keje ni, pastu dengan jawapan yang dorang berikan untuk soalan nombor tiga ni, korang dah banyak bantu diri-sendiri. Macam mana? 

Dorang dah bagitau korang apa yang dorang expect untuk korang ubah ataupun improve, kan? 

4. Saya tau yang syarikat ni sangat bangga dengan X dan Y, jadi aspek apa yang korang rasa paling penting dalam budaya syarikat korang? 


I know this company prides itself on X and Y, so what would you say is the most important aspect of your culture?


X disini mungkin, work-life balance

Y disini boleh jadi, green technology

Apa-apa pun X dan Y tu (korang isi sendiri), soalan ni direka dan ditanya untuk menunjukkan korang dah buat research kat company tu sebelum datang interbiu. Sebab maksudnya korang da baca betul-betul apa yang dorang buat dan banggakan, mostly apa yang tertulis kat laman web dorang

Jawapan dorang untuk aspek yang dorang rasa paling penting pun boleh beri korang peluang nilai-nilai yang dorang pandang berat. 


5. Ada apa-apa tak dalam diri saya yang korang nampak sebagai menonjol, yang mungkin menyebabkan diri saya tak layak untuk keje ni? 

Is there anything that stands out to you that makes you think I might not be the right fit for this job?


Maybe korang tak berjaya untuk interbiu ni. Tapi ada positive points gak korang boleh ambik dengan bertanyakan soalan ni. 

Kalau sebelum ni dorang ragu-ragu korang fit ke tak untuk jawatan ni, soalan ni menunjukkan yang korang boleh terima kritikan yang membina dan sedia untuk perbaiki kelemahan diri. 


10 Contoh Terbaik Untuk Mulakan Post Blog Yang Buatkan Pembaca Stim







Masa saya interview kat Shell tahun lepas, dorang kata, kasitau kiteorang sikit pasal diri ko

Aku pun mulakan dengan, Saya boleh start kerja lepas interview ni habis

Korang mungkin pikir aku gila ataupun tak profesional, tapi itu cuma cara aku untuk break the ice. Betul teori aku. Sebelum interview tu, aku neves giler. Lepas aku break the ice dengan ayat macam tu, terus macam interbiu tu releks sikit. Dorang gelak, aku pon senyum-senyum kucing. 

Aku pun mulalah bercerita pasal diri aku. Apa aku belajar. Apa aku buat sebelum ni. Korang yang penah pegi interbiu mesti tau macam mana interbiu-interbiu ni kan? 

Keputusan interbiu tu: Aku dapat kerja kat Shell tu. 

Sama macam dorang yang interbiu aku tu, dorang ada ramai calon-calon yang datang untuk interbiu keja kat kompeni minyak tu. Jadi, untuk elakkan diri dari tenggelam dalam ramai-ramai tu, kena la ambik risiko sikit. Pastu konpiden dengan apa yang kita boleh tawarkan. 

Jadi kali ni, kita aplikasikan pulak untuk penulisan kita. Aku beri 10 Contoh Terbaik untuk Mulakan Post Blog Yang Boleh Membuatkan Pembaca Stim:

Teknik-Teknik yang Internet Marketer Selalu Guna


1. Pendek dan Ringkas


Bagi yang suka konsep Minimalist, ha, bersoraklah! Kadang-kadang tu bila kita mulakan dengan sikit-sikit tu sebenarnya lagi baik. 

Contohnya, 

Tajuk Post: 10 Cara untuk Berkongsi Post Korang Kat Facebook


"Nak Dapatkan Spotlight Untuk Post Korang Kat Facebook? 10 Cara Ni Gerenti Dapat Bantu Korang."

2. Perenggan Pembukaan Yang Pelik/Lawak


Kene ingat. Kita bukan tulis untuk robot. Tapi untuk manusia. Jadi, rasanya bahagian ni kita kene sentiasa ingatkan diri selalu. 

Bukan Robot. Tapi Manusia. Bukan Robot. 

Contohnya,

Mungkin korang akan rasa lega bila aku hampir pergi ke Parti Gay Sabtu lepas dan tajuk post ni mungkin diberikan sebagai, Trauma di Malam Sabtu di Parti Gay. Tapi sebab aku masih rasional dan waras, aku cancel plan tu. 

Disclaimer: Aku bukan Gay. 


3. Tanya Soalan yang Mencabar Minda


Bila orang tanya kita soalan, tergerak hati nak jawab. Takleh nak buat apa. Itu dah lumrah kita sebagai manusia. Tapi bila mulakan dengan soalan cam gini, jangan lah tanya selalu soalan yang orang jawab terus tanpa pikir, tak minat dan ade aku kisah? 

Dalam erti kata lain, tanya soalan yang relevan dengan pembaca korang. 


Contohnya, Tau tak apa yang kawan-kawan gosip pasal korang bila korang tak de kat situ? 

4. Tanya Soalan MCQ


Yang ni sangat membantu kalau korang nak berinteraksi dengan pembaca korang. 

Contohnya: 

Pop Quiz: Mana Satu Yang Korang Setuju? 

1. Kalau dah Bodoh tu, akan kekal Bodoh
2. Ada yang memang lahir kreatif, ada yang tidak
3. Kita sentiasa boleh ubah personaliti kita
4. Kita boleh berjaya kalau kita sentiasa berusaha 

5. Fakta dan Statistik



Tau tak, tahun ni saja (2015), ada 123 122 kematian berlaku di negara kita. 


Kalau korang pandai pilih apa yang nak dikongsi, banyak sangat statistik atau fakta yang menarik yang boleh korang kongsi dengan pembaca. 

Cubalah. Pergi usha Department of Statistics, Malaysia. Banyak sumber untuk blog korang jugak. 

6. Kongsi Cerita Peribadi


Yang ni style sebab bagi peluang untuk pembaca rasa macam ada connection dengan korang. 

Contohnya, masa aku kongsi interbiu aku dengan Shell. Kalau korang kerap buat macam ni, dengan teknik yang betul dan cara penyampaian yang menarik, korang maybe boleh jumpa pembaca yang berpontensi untuk jadi pembaca jangka panjang untuk blog korang. 

7. Lek. Jangan Jawab Dulu


Ni anggap lah macam kita tengok trailer movie. Contohnya, sebelum Avengers dulu keluar kat wayang, Marvel keluarkan satu demi satu trailer movie tu yang membuatkan kita nak sangat tengok movie tu. 


Aplikasikan konsep yang sama untuk penulisan kita. 

Contohnya, 

Anda ingin tau macam mana Tun Dr. Mahathir hampir gagal jadi Perdana Menteri Malaysia dulu? 

8. Lawan Balik Fakta



Yang ni, dalam erti kata lain, macam:

Bumi ini berbentuk sfera. 

Anjing dan Kucing akan sentiasa Bergaduh

Teknik penulisan macam ni, jangan setakat "persetankan" fakta tu pastu ubah ikut suka tanpa sebarang backup penjelasan dalam post korang. 

Kekadang ramai lah jugak yang nak guna teknik ni, pastu merapu sepanjang post. 

Kalau korang nak tulis, Mak Saya Kata Anjing dan Kucing bukannya suka bergaduh dengan satu sama lain. 

Jadi, korang mula lah terangkan apakah logik atau penjelasan disebalik statement mak tadi. 

9. Kongsi Cerita Kejayaan


Yang syok nya pasal teknik yang ni, kejayaan tu mungkin kejayaan korang sendiri. Ataupun, korang boleh bercerita tentang kejayaan orang lain. 

Contohnya, 


Tajuk: Macam Mana Warren Buffet dapat  menjadi antara individu yang paling kaya di dunia dengan konsisten? 

Perenggan Pembukaan: Dilahirkan di Omaha, Nebraska, Warren Buffet dah mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dari kecil lagi. 
Antara perniagaan terawal yang dilakukan oleh Buffet adalah dengan menjual gula-gula getah, dan botol Coca-Cola. 

Dan seterusnya. Dapat gambaran kan macam mana? 

10. Mulakan dengan Soalan 


Kadang-kadang kita selalu terbawak-bawak untuk tulis post yang hanya kita (atau mak kita) yang akan baca. Tapi tak bermaksudnya pembaca nak baca, ataupun berminat nak baca. Ini namanya syok sendiri. 

Jadi, macam mana? Ni kita buat "market research" sikit. Kalau korang pernah terlibat dalam projek untuk memasarkan produk baru, korang kene paham produk ni nak dipasarkan kepada siapa, dimana dan kenapa korang pilih "siapa" dan "dimana" tu tadi. 

Cara senang, korang boleh pergi ke blog-blog orang lain pastu baca komen-komen pembaca blog tu. Dari situ, korang boleh dapatkan gambaran apa yang ramai orang tertanya-tanya. 

Contohnya (soalan pembaca), 

Jon, ade tips tak macam mana nak buat isi yang menarik untuk blog saya? Saya dah cuba untuk pikirkan nak tulis apa, tapi selalu struggle nak cari apa benda yang nak ditulis. 

OK. Ni contoh soalan. 

Jadi, kita buat satu post yang menjawab pertanyaan/ komen tu tadi: 


Contoh: Macam mana nak buat lagi banyak content untuk blog?

Selitkan soalan tadi dibawah tajuk post. Ni untuk tunjuk kat pembaca korang kenapa korang pilih tajuk ni. 

Jon, ade tips tak macam mana nak buat isi yang menarik untuk blog saya? Saya dah cuba untuk pikirkan nak tulis apa, tapi selalu struggle nak cari apa benda yang nak ditulis. 

Lepas tu, mulakan dengan perenggan seterusnya. 

Saya haritu ada pergi lawat blog terkenal Malaysia lepas tu perasan ada pembaca kat ruang komen blogger tu yang bertanya soalan diatas. Saya harapkan cara-cara yang saya akan kongsi ni dapat bantu yang lain, yang mungkin mengalami masalah yang sama.

Nampak tak pattern teknik ni?  Style kan? 

Kalau korang folo 10 contoh ni dalam penulisan korang, tak kisahlah untuk blog ke, untuk resume ke, ataupun untuk e-book korang ke, teknik-teknik yang dikongsi boleh bantu korang untuk tangkap perhatian pembaca dan membuatkan dorang nak tau lagi. 

Ni lah yang selalu otai-otai copywriting selalu guna. 

Aku selalu guna teknik-teknik ni dalam projek-projek untuk client yang hire aku untuk copywriter atau content creation. Dan banyak jugak untuk buku-buku aku sebelum ni. 

Mula-mula, rasa janggal. Kekok bila nak menulis, nak pikir macam mana. 
Jadi kalau ada yang korang tak pasti, ataupun nak tau lebih lanjut, bolehlah bertanya kat ruang komen dibawah. Boleh jugak emel saya di cliveeinstein@gmail.com. 

Ataupun, lagi senang, subscribe blog ni. 





5 Langkah Mudah Untuk Belajar Bahasa Inggeris Yang Tak Diajar Di Sekolah






Belajar Bahasa Inggeris dengan Cara Sempoi


Masa saya baru terpikir nak buat blog ni, terpikir, blog ni nak tulis pasal apa nanti? Berbanding dengan laman blog utama saya yang lebih fokus kat teknik-teknik menulis buku dan personal development dalam hidup, saya pikir saya nak fokus untuk berkongsi dari segi mengajar untuk menulis lebih baik, penguasaan bahasa inggeris dengan menggunakan medium bahasa melayu dan kadang-kadang bercerita ataupun berkongsi pasal tips-tips blogging, fotografi dan melancong. 

Senang cerita, blog the Kampung Malaysian adalah tempat untuk saya bersembang dengan rakan-rakan di dunia maya. 

Baru-baru ni, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru je bermula dan exam untuk bahasa inggeris rasanya dah selesai dah kot. Tapi rasanya masih relevan untuk berkongsi sebab pembelajaran bahasa tu bukan setakat SPM je. 

Masa saya kat SHELL dan IBM sebelum ni pun, ada lagi colleague saya yang tak fasih dalam bahasa inggeris. Tapi kadang-kadang, perkara tu selalu dilepas pandang sebab kompeni sekarang terpaksa utamakan skill teknikal berbanding penguasaan bahasa inggeris tu sendiri. 


Ada DUA  sebab utama, pendapat saya je eh, kenapa bahasa inggeris tu penting dan relevan walaupun kita dah selesa dengan keja kita sekarang,dan bahasa inggeris tak sangat ditekankan (janji paham basic sudah, kan?): 

*. Rata-rata semua dalam omputih


Kita nak kata orang jepun maju sekarang pun, dorang takde terhegeh-hegeh nak utamakan bahasa inggeris sangat. Betul tu memang betul. Tapi kalau sikap tu takde, itu cuma cara kita untuk mencari alasan tak nak menguasai bahasa inggeris tu sendiri. 


*. Membuka Peluang Kerjaya


Saya dapat banyak jumpa client saya yang ada sekarang untuk keja keja copywriting pun dari website macam remoteok.io , di mana rata-rata syarikat yang ada semua menekankan penguasaan bahasa inggeris gile-gile. 

Bukan lah kata belajar bahasa inggeris ni untuk menjadi penulis. Tapi bila kita dapat express diri dengan lebih tenang dan yakin masa meeting ngan omputih ni, banyaklah peluang yang menanti. Itu poin saya. 

Jadi sekarang, mari saya kongsikan 5 cara mudah korang boleh menguasai bahasa inggeris. Teknik ni saya guna sendiri dulu masa awal-awal baru belajar, pastu guna jugak masa bantu rakan-rakan masa kat universiti dulu. Rasanya berkesan la jugak. 

1. Dengar dan Paham


Korang suka tengok movie kan, macam Superman, Avengers? Ataupun cerita series macam Arrow, Walking Dead, Friends? 

Sekarang, untuk buatkan pembelajaran korang lebih seronok dan tak membosankan, jangan gunakan subtitle dalam apa-apa bahasa pun masa tengok cerita-cerita ni. 

Berlatih dengar dan paham apa dorang cakap, ulang apa yang dorang cakap dalam hati (ikut korang lah). Tujuan korang buat macam ni untuk buatkan korang lagi selesa bila berjumpa dengan orang kat opis ke, kat luar negara ke dan masa dorang bercakap dalam bahasa inggeris, korang boleh tangkap loghat inggeris dorang lebih senang. 

Dalam dunia realiti, takde subtitle kan masa meeting? Jadi, latihan dengar dan paham melalui movie movie tu tadi sangat berguna.  

2. Jangan Pedulikan Grammar


Kebanyakkan kelas bahasa inggeris yang gomen ataupun mana-mana NGO selalu buat, selalu bermula dengan pembelajaran tatabahasa inggeris. 

Dah lah tak paham sangat. Ataupun tak fasih sangat. 

Kene pulak dengan kelas tatabahasa. 

Bosan. 

Jadi, persetankan grammar buat masa sekarang. Jangan ambik berat sangat kat tatabahasa dulu. Nanti potong stim mood korang je. 

3. Godam Bahasa


Godam bahasa ni kene keje kuat sikit. Lepas korang dah banyak latih dengar dan paham tadi, korang dah boleh pick up sikit bila orang guna -ing ke, ataupun bila ada -ed dalam ayat. 

Contohnya, 

Would be driv-ing

Paham tak apa saya cuba sampaikan? 
Maksudnya, lepas would, untuk kita Godam bahasa inggeris ni, letak je be lepas tu. 

Satu lagi contoh, 

Lepas Would, jangan letak -ed

She would hated me forever.  

Yang ni salah. 

Kita buang je -ed lepas would tu. 

Jadilah: She would hate me forever. 

Style kan? Nanti korang dah biasa sikit, level dah up sikit, baru lah korang boleh start belajar kenapa tak leh letak -ed lepas would?

Kalau korang nak tau contoh-contoh lain lagi Godam Inggeris, subscribe je lah blog ni. Nanti saya sharekan contoh-contoh lagi ngan korang. 


4. Barulah Mula Belajar Grammar


Ha, lepas korang dah biasa dengan praktis dengar dan paham (1), Godam bahasa (2), barulah boleh mula sikit-sikit untuk belajar tatabahasa. Yang ni untuk memperkukuhkan lagi sebab-sebab kenapa kita tak boleh guna X lepas Y, ataupun Y tak leh campur dengan Z. 

Bila korang mula dari tahap mana korang dah lebih paham macam mana bahasa inggeris ni secara umumnya, barulah tak mengantuk sangat masa belajar. 


5. Kosa Kata yang Orang Selalu Guna


Orang kata belajar kosa kata baru setiap hari. 

Giler apa? 

Yang lebih efektif, biasakan dengan kosa kata yang orang selalu guna. 

Contohnya, bila kita gembira, gunalah Happy. Biasakan dengan perkataan Happy. Jangan lah gunakan elated, ataupun exhilarating bila kita tak pasti sangat buat masa sekarang bila nak guna dan macam mana nak guna. 



6. Bookmark laman web seperti Copyblogger, Medium, Lifehack dan TinyBuddha


Walaupun bukan semua orang suka baca buku, tapi masih ramai jugak kan yang suka browsing dan baca artikel-artikel kat internet. Jadi, korang boleh lah jugak cuba baca artikel-artikel menarik kat Lifehack, Copyblogger dan Reddit.

Sebab kenapa saya syorkan dorang bertiga ni sebagai contoh? 

Penulisan dalam website-website tu semua tip-top. Pertama sekali, isi kandungan menarik. Kedua, dorang punya penggunaan ayat sangat kemas dan bagus untuk dijadikan contoh. 


Jadi, macam mana? Dah lebih konpiden dah macam mana proses pembelajaran bahasa inggeris korang? Senang kan? 

Apa-apa pertanyaan, ataupun nak mintak tolong assignment ke, ataupun soalan umum macam mana umum pun, boleh tanya kat ruang komen kat bawah ataupun emel saya kat cliveeinstein@gmail.com

Jangan segan-segan bertanya. Saya ikhlas membantu.