5 Langkah Mudah Untuk Belajar Bahasa Inggeris Yang Tak Diajar Di Sekolah

4:30 PTG The Guide Genius 3 Comments






Belajar Bahasa Inggeris dengan Cara Sempoi


Masa saya baru terpikir nak buat blog ni, terpikir, blog ni nak tulis pasal apa nanti? Berbanding dengan laman blog utama saya yang lebih fokus kat teknik-teknik menulis buku dan personal development dalam hidup, saya pikir saya nak fokus untuk berkongsi dari segi mengajar untuk menulis lebih baik, penguasaan bahasa inggeris dengan menggunakan medium bahasa melayu dan kadang-kadang bercerita ataupun berkongsi pasal tips-tips blogging, fotografi dan melancong. 

Senang cerita, blog the Kampung Malaysian adalah tempat untuk saya bersembang dengan rakan-rakan di dunia maya. 

Baru-baru ni, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru je bermula dan exam untuk bahasa inggeris rasanya dah selesai dah kot. Tapi rasanya masih relevan untuk berkongsi sebab pembelajaran bahasa tu bukan setakat SPM je. 

Masa saya kat SHELL dan IBM sebelum ni pun, ada lagi colleague saya yang tak fasih dalam bahasa inggeris. Tapi kadang-kadang, perkara tu selalu dilepas pandang sebab kompeni sekarang terpaksa utamakan skill teknikal berbanding penguasaan bahasa inggeris tu sendiri. 


Ada DUA  sebab utama, pendapat saya je eh, kenapa bahasa inggeris tu penting dan relevan walaupun kita dah selesa dengan keja kita sekarang,dan bahasa inggeris tak sangat ditekankan (janji paham basic sudah, kan?): 

*. Rata-rata semua dalam omputih


Kita nak kata orang jepun maju sekarang pun, dorang takde terhegeh-hegeh nak utamakan bahasa inggeris sangat. Betul tu memang betul. Tapi kalau sikap tu takde, itu cuma cara kita untuk mencari alasan tak nak menguasai bahasa inggeris tu sendiri. 


*. Membuka Peluang Kerjaya


Saya dapat banyak jumpa client saya yang ada sekarang untuk keja keja copywriting pun dari website macam remoteok.io , di mana rata-rata syarikat yang ada semua menekankan penguasaan bahasa inggeris gile-gile. 

Bukan lah kata belajar bahasa inggeris ni untuk menjadi penulis. Tapi bila kita dapat express diri dengan lebih tenang dan yakin masa meeting ngan omputih ni, banyaklah peluang yang menanti. Itu poin saya. 

Jadi sekarang, mari saya kongsikan 5 cara mudah korang boleh menguasai bahasa inggeris. Teknik ni saya guna sendiri dulu masa awal-awal baru belajar, pastu guna jugak masa bantu rakan-rakan masa kat universiti dulu. Rasanya berkesan la jugak. 

1. Dengar dan Paham


Korang suka tengok movie kan, macam Superman, Avengers? Ataupun cerita series macam Arrow, Walking Dead, Friends? 

Sekarang, untuk buatkan pembelajaran korang lebih seronok dan tak membosankan, jangan gunakan subtitle dalam apa-apa bahasa pun masa tengok cerita-cerita ni. 

Berlatih dengar dan paham apa dorang cakap, ulang apa yang dorang cakap dalam hati (ikut korang lah). Tujuan korang buat macam ni untuk buatkan korang lagi selesa bila berjumpa dengan orang kat opis ke, kat luar negara ke dan masa dorang bercakap dalam bahasa inggeris, korang boleh tangkap loghat inggeris dorang lebih senang. 

Dalam dunia realiti, takde subtitle kan masa meeting? Jadi, latihan dengar dan paham melalui movie movie tu tadi sangat berguna.  

2. Jangan Pedulikan Grammar


Kebanyakkan kelas bahasa inggeris yang gomen ataupun mana-mana NGO selalu buat, selalu bermula dengan pembelajaran tatabahasa inggeris. 

Dah lah tak paham sangat. Ataupun tak fasih sangat. 

Kene pulak dengan kelas tatabahasa. 

Bosan. 

Jadi, persetankan grammar buat masa sekarang. Jangan ambik berat sangat kat tatabahasa dulu. Nanti potong stim mood korang je. 

3. Godam Bahasa


Godam bahasa ni kene keje kuat sikit. Lepas korang dah banyak latih dengar dan paham tadi, korang dah boleh pick up sikit bila orang guna -ing ke, ataupun bila ada -ed dalam ayat. 

Contohnya, 

Would be driv-ing

Paham tak apa saya cuba sampaikan? 
Maksudnya, lepas would, untuk kita Godam bahasa inggeris ni, letak je be lepas tu. 

Satu lagi contoh, 

Lepas Would, jangan letak -ed

She would hated me forever.  

Yang ni salah. 

Kita buang je -ed lepas would tu. 

Jadilah: She would hate me forever. 

Style kan? Nanti korang dah biasa sikit, level dah up sikit, baru lah korang boleh start belajar kenapa tak leh letak -ed lepas would?

Kalau korang nak tau contoh-contoh lain lagi Godam Inggeris, subscribe je lah blog ni. Nanti saya sharekan contoh-contoh lagi ngan korang. 


4. Barulah Mula Belajar Grammar


Ha, lepas korang dah biasa dengan praktis dengar dan paham (1), Godam bahasa (2), barulah boleh mula sikit-sikit untuk belajar tatabahasa. Yang ni untuk memperkukuhkan lagi sebab-sebab kenapa kita tak boleh guna X lepas Y, ataupun Y tak leh campur dengan Z. 

Bila korang mula dari tahap mana korang dah lebih paham macam mana bahasa inggeris ni secara umumnya, barulah tak mengantuk sangat masa belajar. 


5. Kosa Kata yang Orang Selalu Guna


Orang kata belajar kosa kata baru setiap hari. 

Giler apa? 

Yang lebih efektif, biasakan dengan kosa kata yang orang selalu guna. 

Contohnya, bila kita gembira, gunalah Happy. Biasakan dengan perkataan Happy. Jangan lah gunakan elated, ataupun exhilarating bila kita tak pasti sangat buat masa sekarang bila nak guna dan macam mana nak guna. 



6. Bookmark laman web seperti Copyblogger, Medium, Lifehack dan TinyBuddha


Walaupun bukan semua orang suka baca buku, tapi masih ramai jugak kan yang suka browsing dan baca artikel-artikel kat internet. Jadi, korang boleh lah jugak cuba baca artikel-artikel menarik kat Lifehack, Copyblogger dan Reddit.

Sebab kenapa saya syorkan dorang bertiga ni sebagai contoh? 

Penulisan dalam website-website tu semua tip-top. Pertama sekali, isi kandungan menarik. Kedua, dorang punya penggunaan ayat sangat kemas dan bagus untuk dijadikan contoh. 


Jadi, macam mana? Dah lebih konpiden dah macam mana proses pembelajaran bahasa inggeris korang? Senang kan? 

Apa-apa pertanyaan, ataupun nak mintak tolong assignment ke, ataupun soalan umum macam mana umum pun, boleh tanya kat ruang komen kat bawah ataupun emel saya kat cliveeinstein@gmail.com

Jangan segan-segan bertanya. Saya ikhlas membantu. 

3 ulasan:

  1. dulu blaja english melalui lirik lagu boyband yang diminati macam backstreet boy, nsync dan westlife... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau belajar melalui lirik tu lebih kurang yang macam poin nombor satu la bro. haha
      nais. itu antara yang common method orang guna untuk belajo. two thumbs up.

      Padam
  2. sama la, masa sekolah dulu tak berapa pandai bi ni...dah masuk u ok la sikit.
    tapi jadi cikgu bahasa inggeris jugak sekarang..huhu

    BalasPadam