Kesan Kenaikkan Harga Rokok dan Serbuan ke atas Vape
Kenapa Diserbu Kedai Vape tanpa Amaran?
Kos Hidup Naik Kaw Kaw
Tahun ni, kenaikkan harga barang dah jadi sebati dengan hidup seharian. Lepas gomen umumkan GST dimulakan bermula April lepas, satu demi satu harga naik. Macam berlumba-lumba harga barang naik sampaikan tak sempat nak absorb impak peningkatan kos hidup, terumatanya yang duduk kat kawasan bandar macam Kolumpo.
Tau tau, harga tol dinaikkan. Lepas tu datang pulak harga tambang LRT.
Apa Komen Pemimpin Kita?
Saya kongsi dua disini:
Kalau tak suka GST, masak sendiri dirumah. - Ahmad Maslan
Bangun awal pagi jika tak mau bayar tol. - Abdul Rahman Dahlan
Kekadang pikir juga, walaupun da semakin muak ngan kerenah ahli-ahli politik, dah jadi kemestian untuk setiap individu yang nak bertanding dalam pilihanraya pegi kursus public relation ke, didik sikit dorang untuk berfikir sebelum keluarkan apa-apa statement depan TV.
Harga Rokok Pulak Naik Lagi
Baru-baru ni, harga rokok pulak naik (lagi). Minggu sebelum tu, kalau baca portal-portal berita, menteri-menteri tengah berbincang samada nak bankan vape atau tidak.
Mana tidak yang vape marah, yang isap rokok pun bengang bila Kementerian Kesihatan mula buat serbuan kat premis-premis yang menjual flavor-flavor diseluruh negara. Dah lah harga rokok naik sampai RM 17-18 hinggit, vape pon dikacau.
Bagi korang yang tak isap rokok, memang tak dapat nak rasa impak kenaikkan harga tu. Tapi kene ingat, kalau gomen nak naikkan harga ni supaya konsumer semakin tawar hati nak merokok, patut di ban kan apa-apa produk yang mengandungi nikotin di pasaran.
Patut Anjur Klinik Berenti Rokok
Sebaliknya, gomen patut gunakan duit dari kenaikkan cukai ni untuk mengajurkan klinik berenti merokok. Dari kita dok komplen komplen dan marah-marah kat Facebook, rasanya baik kita pikirkan solution.
Apa Impak Kalau Satu Naik Harga, Satu Lagi Kene Serbu?
Tapi, nampaknya klinik ni takde dalam agenda, kan? Jadi tau mana larinya yang tak mampu nak menampung kos kenaikkan rokok ni nanti? Tak lupa juga kepada yang isap Vape.
Flavor akan mula dijual secara underground.
Yang tak pernah ketagih dengan nikotin, memang senang nak suruh golongan ni untuk berhenti merokok. Tapi percayalah, ramai diantara mereka yang perokok dan juga mereka yang kemudiannya beralih ke vaping, nak berhenti.
Tapi untuk berhenti, kita bukan sahaja perlu dok spreadkan kempen anti-merokok. Instead, berikan sokongan melalui klinik dan tampung kos klink tersebut. Kalau korang ade idea yang lebih baik, silakan berkongsi. Ini sekadar pendapat peribadi.
Realitinya sekarang, flavor vape dirampas. Harga rokok dinaikkan.
Apa kesudahannya nanti?
kalau dah ketagih, harga naik pun 'steady' je beli :-))
BalasPadamsteady je eh? haha sekarang beli rokok gulung harvest lagi lama tahan dari yang kotak kotak tu. :P
Padammajulah rokok seludup untuk negara! haha.
BalasPadamsilap silap rokok seludup pun naik harga haha
PadamLepas ni kawalan sempadan akan diketatkan nampaknya..
BalasPadamkene buat overtime lebih lah ranger ranger yang bertugas kat sempadan tu eh? hoho
PadamHi Clive...kunjungan balas...TQ kerana drop by at my blog
BalasPadamterima kasih jari manis. :)
PadamIsu VAPE ni baru je kelaur dalam berita TV3 jap tadi..ramai peniaga mengamuk..entahlah apa kesudahan nya nanti
BalasPadam1. rokok seludup jadi lebih popular
Padam2. flavor vape tu dorang jual secara underground, jadi susah lah nak pantau apa yang berlaku. berbanding sekarang, senang untuk gomen pantau apa yang berlaku.
Artikel yang bagus ^^
BalasPadamIzin Coment & Share Ya ^^
WA : 082161434588
Poker Online
Bandar Poker
Domino99
BandarQ
Bandar66