Memaparkan catatan dengan label sembang-sembang. Papar semua catatan

5 Dilema Hidup Yang Menyebabkan Rambut Aku Gugur







Dilema yang Nampak Remeh, Tapi Ini Semua Kisah Benar


Masa tengah edit gambar kat Adobe Lightroom petang tadi, rasa panas lah pulak masa menulis. Berdiri sekejap lepas tu tengok diri kat cermin. 

Adoi. Rambut dah panjang. 

Nak gunting ke tak? Gunting ke tak? 

Kalau gunting, kene pergi ke kedai gunting. 
Nak ke kedai gunting, kene ambik kete. Hidupkan kete pastu drive ke kedai gunting mamak kat sebelah Sunway. 

Akhirnya, lepas struggle dengan dilema dalam diri, balik ke meja, batal niat nak gunting rambut. 

1. Gunting Rambut


Nak pergi makan. Kawan dah sampai dah kat bawah condo, nak gerak pergi makan tengahari Sabtu. 

Awal-awal pagi dah mesej , makan jom

Jom. 

Bila dah siap: mandi, sembur perfume, pakai baju, letak gel kat rambut, dah ready nak pegi isi perut. 

Bila masuk kete kawan, aku tengok dia, dia tengok aku. 

Makan mana? 

Macamlah Kolumpo ni takde kedai makan satu pun. 

2. Tempat Makan


Nak keluar tengok Manchester United main. Game start pukul 9.45 pm. Malas tengok kat rumah sebab tak feel. Takde Teh tarik. Takde mamak lari sana sini amek order. Wajib keluar setiap kali game United kat TV.

Pergi ke almari baju, cari jersi United takde. 

Pergi ke washing machine, rupa-rupanya belum basuh. 

*Menyumpah selama 2 minit*

Pergi balik ke almari, tengok baju yang ada. Semua tak ngam. Baju bukan sehelai dua, tapi macam takde satu yang kene. 

3. Baju Apa?


Sampai kat kedai makan. Orang kata makanan kedai ni sedap-sedap. Memang betul. Bila bukak menu, pilihan air menarik. Makanan pun banyak gile. Mana satu ni? 

Waiter tengah tunggu order, berdiri sebelah meja. 

Member-member semeja semua dah jumpa order masing-masing. 

Apa nak pilih ni? 

4. Pilihan Makanan Banyak Sangat


Duduk kat bangku di SS15, Subang. Tengah nak order makanan kat kedai Asia Cafe. 

Masa tu, ramai pulak awek tetiba muncul dari pukul 6, 9, 2, 3, 10. 

Kawan di depan kata, weh, pukul 10. pukul 10. 

Disebelah pula, pukul 3. 

Belah kiri, pukul 6. 

Mana satu nak cuci mata ni? 

5. Ramainya Awek


Apa pula dilema hidup korang yang menyebabkan rambut gugur? 

Kesan Kenaikkan Harga Rokok dan Serbuan ke atas Vape



Kenapa Diserbu Kedai Vape tanpa Amaran?




Kos Hidup Naik Kaw Kaw


Tahun ni, kenaikkan harga barang dah jadi sebati dengan hidup seharian. Lepas gomen umumkan GST dimulakan bermula April lepas, satu demi satu harga naik. Macam berlumba-lumba harga barang naik sampaikan tak sempat nak absorb impak peningkatan kos hidup, terumatanya yang duduk kat kawasan bandar macam Kolumpo

Tau tau, harga tol dinaikkan. Lepas tu datang pulak harga tambang LRT.

Apa Komen Pemimpin Kita?


Saya kongsi dua disini:

Kalau tak suka GST, masak sendiri dirumah. - Ahmad Maslan

Bangun awal pagi jika tak mau bayar tol. - Abdul Rahman Dahlan 

Kekadang pikir juga, walaupun da semakin muak ngan kerenah ahli-ahli politik, dah jadi kemestian untuk setiap individu yang nak bertanding dalam pilihanraya pegi kursus public relation ke, didik sikit dorang untuk berfikir sebelum keluarkan apa-apa statement depan TV.

Harga Rokok Pulak Naik Lagi


Baru-baru ni, harga rokok pulak naik (lagi). Minggu sebelum tu, kalau baca portal-portal berita, menteri-menteri tengah berbincang samada nak bankan vape atau tidak.

Mana tidak yang vape marah, yang isap rokok pun bengang bila Kementerian Kesihatan mula buat serbuan kat premis-premis yang menjual flavor-flavor diseluruh negara. Dah lah harga rokok naik sampai RM 17-18 hinggit, vape pon dikacau. 
Bagi korang yang tak isap rokok, memang tak dapat nak rasa impak kenaikkan harga tu. Tapi kene ingat, kalau gomen nak naikkan harga ni supaya konsumer semakin tawar hati nak merokok, patut di ban kan apa-apa produk yang mengandungi nikotin di pasaran. 

Patut Anjur Klinik Berenti Rokok


Sebaliknya, gomen patut gunakan duit dari kenaikkan cukai ni untuk mengajurkan klinik berenti merokok. Dari kita dok komplen komplen dan marah-marah kat Facebook, rasanya baik kita pikirkan solution

Apa Impak Kalau Satu Naik Harga, Satu Lagi Kene Serbu?


Tapi, nampaknya klinik ni takde dalam agenda, kan? Jadi tau mana larinya yang tak mampu nak menampung kos kenaikkan rokok ni nanti? Tak lupa juga kepada yang isap Vape. 

Flavor akan mula dijual secara underground
Yang tak vape pulak, akan mula mencari dan membeli rokok illegal

Yang tak pernah ketagih dengan nikotin, memang senang nak suruh golongan ni untuk berhenti merokok. Tapi percayalah, ramai diantara mereka yang perokok dan juga mereka yang kemudiannya beralih ke vaping, nak berhenti. 
Tapi untuk berhenti, kita bukan sahaja perlu dok spreadkan kempen anti-merokok. Instead, berikan sokongan melalui klinik dan tampung kos klink tersebut. Kalau korang ade idea yang lebih baik, silakan berkongsi. Ini sekadar pendapat peribadi. 

Realitinya sekarang, flavor vape dirampas. Harga rokok dinaikkan. 
Apa kesudahannya nanti?