Baru diberi peluang untuk dapatkan client projek fotografi saya dengan menggunakan CANON EOS 1200D yang baru saya beli. Client pertama saya: kakak saya sendiri. Bila sampai rumah tengok hasil yang ada, banyak lagi perlu belajar. Tapi masih berpuas hati sebab boleh dapat pengalaman untuk improve lagi untuk client-client yang seterusnya.
Sekarang ni, syukur dari penjualan buku terbaru saya, ada lah sedikit extra duit untuk beli lens baru. Ingat nak cari yang boleh bagi feature wide lens supaya boleh cover lagi banyak ruang dari jarak dekat.
Korang yang otai-otai dalam dunia fotografi, ada nasihat tak?
Baru-baru ni mula berjinak-jinak untuk jadi photographer. Selama ni memang teringin nak belajar tapi memandangkan kos nak beli kamera tu pun da beriban, pasal tu banyak kali tangguh-tangguh nak beli ke tak.
Jadi, bila ada duit extra dari penjualan buku saya bulan Ogos aritu, aah, persetankan semua ini. Aku pergi ke Lowyat dan angkut satu basic kamera DSLR canon, RM 1600.
Tapi, Berbaloi ke Tidak?
Masa tu tak taulah samada ni akan jadi investment yang berbaloi ke tidak. Tapi bila dah pikir main redah je, angkut terus so takde lah pikir-pikir lagi.
Lepas dah beli kamera Canon tu, mula lah belajar pasal geng-geng ISO, Aperture, lighting dan lain-lain yang ade untuk dipelajari.
Aku pun mula lah jugak start main-main guna Adobe Lightroom.
Setakat ni puas hati dengan RM 1,600 yang aku belanja kat kamera DLSR baru aku ni. Bila jalan-jalan ke tempat tempat yang menarik, boleh lah ambik gambar.
Ni belum lagi tambah belanja beli tripod, RM 129 dari Lazada.
Jumlah kos hobi baru: RM 1, 729 higgit.
Aku kongsi sedikit gambar yang aku ambik setakat ni,
Koleksi Gambar-Gambar Saya
Lepas tu, ade jugak test ambik video guna kamera DSLR ni. Ada buat 4 video, ingat nak kongsi lah sini. Kalau sudi, berilah komen apa yang boleh dipelajari lagi.
Asalnya orang Sarawak dari Miri. Sekarang dah duduk kat Kolumpo 10 tahun. Sebab selalu bercampur dengan orang Melayu sini (housemate rumah pon memang ngan dorang), jadi boleh lah latih bahasa Melayu ni selalu. Masa duduk kat Sarawak dulu selalunya bercakap omputih ataupun, bahasa sarawak. Lahirlah blog ni untuk berlatih bahasa Melayu.
Penulis untuk Lifehack
Dapatkan Ebook Percuma Tips Berblogging. Subscribe Kampung Malaysian harini.