Bermanja CANON 1200D

4:49 PG The Guide Genius 2 Comments


Peringkat Permulaan Belajar Menjadi Photographer


Baru-baru ni mula berjinak-jinak untuk jadi photographer. Selama ni memang teringin nak belajar tapi memandangkan kos nak beli kamera tu pun da beriban, pasal tu banyak kali tangguh-tangguh nak beli ke tak. 


Jadi, bila ada duit extra dari penjualan buku saya bulan Ogos aritu, aah, persetankan semua ini. Aku pergi ke Lowyat dan angkut satu basic kamera DSLR  canon, RM 1600. 


Tapi, Berbaloi ke Tidak?


Masa tu tak taulah samada ni akan jadi investment yang berbaloi ke tidak. Tapi bila dah pikir main redah je, angkut terus so takde lah pikir-pikir lagi. 

Lepas dah beli kamera Canon tu, mula lah belajar pasal geng-geng ISO, Aperture, lighting dan lain-lain yang ade untuk dipelajari. 

Aku pun mula lah jugak start main-main guna Adobe Lightroom. 

Setakat ni puas hati dengan RM 1,600 yang aku belanja kat kamera DLSR baru aku ni. Bila jalan-jalan ke tempat tempat yang menarik, boleh lah ambik gambar. 
Ni belum lagi tambah belanja beli tripod, RM 129 dari Lazada. 

Jumlah kos hobi baru: RM 1, 729 higgit.

Aku kongsi sedikit gambar yang aku ambik setakat ni,


Koleksi Gambar-Gambar Saya















Lepas tu, ade jugak test ambik video guna kamera DSLR ni. Ada buat 4 video, ingat nak kongsi lah sini. Kalau sudi, berilah komen apa yang boleh dipelajari lagi. 














2 ulasan:

  1. Salam dik..
    Akak dulu teringin jugak nak beli kamera macam ni.. Dok la main kutu nak kumpul duit punya pasal.. Alih-alih, bila dah dapat duit tu, sayang pulak nak gunakan untuk beli kamera sebab akakpun bukannya nak jadi photographer ke, apa ke.. Nak beli kamera macam ni sebab nak ambil gambar untuk blog je.. Sudahnya, duit tu masukkan dalam tabung haji.. Kamera..? Guna je kamera yang ada kat enpon.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha pasal tu la saya pikir lama sebelum nak berbelanja tu. nak beli ke tidak.
      tapi setakat ni, berpuas ati la dengan keputusan masa tu. xrasa membazir pulak. ikut citarasa masing-masing, kenapa nak beli kamera macam ni. kekadang saya nampak juga yang ade kamera DSLR tapi guna mode auto **adoi**

      Padam