5 Soalan Untuk Ditanya Masa Interview Kalau Ditanya, Do You Have Any Question

5:24 PG The Guide Genius 10 Comments




Jangan jawab, Saya takde soalan. 



Rasanya korang yang dah pernah pergi interbiu, biasa ke tidak, dan salah satu soalan yang dorang (yang interbiu korang tu) selalu tanya adalah:

Do you have any question? 
Dan jawapan yang kita selalu bagi kalau ditanya soalan ni, 

1. Rasanya takde kot. 
2. Benefit pekerja
3. Jadual bekerja

Takpa. Kita belajar dari kesilapan, kan?Yang soalan-soalan yang saya nak kongsi dengan korang, saya dah test masa saya interview kat IBM (dapat), Shell (dapat), DKSH (dapat). 

Even kalau korang interview untuk masuk Universiti pun, walaupun bukan soalan ni yang korang tanya, tapi kalau korang "design" soalan korang yang menunjukkan korang dah:

1. Prepare
2. Berpelajaran
3. Semangat ingin tahu

Ini akan meningkatkan peluang korang diterima masuk, terutamanya kalau kat kompeni MNC. Dalam senarai ni, saya akan bagi dalam bahasa sempoi, dan bagi korang ayat proper dalam bahasa Inggeris so korang boleh senang paham poin yang saya nak sampaikan. Jom, kita mula dengan yang pertama: 

1. Kalau saya start esok, apa yang akan jadi "top priority" keje yang saya perlu buat?

If I were to start tomorrow, what would be the top priority on my to-do list? 

Jawapan untuk soalan ni akan bagi korang sedikit gambaran tentang keje yang korang apply tu. Dan dengan soalan ni, korang dapat berikan gambaran kat yang interbiu korang tu, kita sangat berminat dan komited untuk mulakan keje dengan impak maksima. 


2. Apa korang pikir yang top two personaliti yang korang cari untuk keje ni?

What would you say are the top two personality traits someone needs to do this job well?

Yang ni akan berikan peluang kat diri korang supaya yang panel interbiu tu untuk skip judgement dorang kat korang berdasarkan resume yang korang submit, dan fokus kat diri korang sebagai individu. 

Contohnya, kalau dorang cakap, kiteorang cari yang kreatip dan ingin tau, jawapan tu menunjukkan yang korang akan banyak keje sendiri, secara independent lah. 

Kalau dorang jawab sabar dan bekerjasama, maksudnya korang akan banyak keje dengan orang lah. 

Jawapan dorang maybe lain-lain. Tapi yang penting, ni boleh jadi sebagai kayu pengukur untuk korang: korang boleh fit atau  tidak dalam organisasi ni

3. Apa perubahan atau penambahbaikkan untuk position ni yang korang harap dari calon yang berjaya? 

What improvements or changes do you hope the new candidate will bring to this position?


Jawapan dorang untuk soalan ni akan memberikan gambaran jugak, kenapa mamat yang keje position tu sebelum ni, blah atau ilang keje. 

Tapi, kalau dorang dapat keje ni, pastu dengan jawapan yang dorang berikan untuk soalan nombor tiga ni, korang dah banyak bantu diri-sendiri. Macam mana? 

Dorang dah bagitau korang apa yang dorang expect untuk korang ubah ataupun improve, kan? 

4. Saya tau yang syarikat ni sangat bangga dengan X dan Y, jadi aspek apa yang korang rasa paling penting dalam budaya syarikat korang? 


I know this company prides itself on X and Y, so what would you say is the most important aspect of your culture?


X disini mungkin, work-life balance

Y disini boleh jadi, green technology

Apa-apa pun X dan Y tu (korang isi sendiri), soalan ni direka dan ditanya untuk menunjukkan korang dah buat research kat company tu sebelum datang interbiu. Sebab maksudnya korang da baca betul-betul apa yang dorang buat dan banggakan, mostly apa yang tertulis kat laman web dorang

Jawapan dorang untuk aspek yang dorang rasa paling penting pun boleh beri korang peluang nilai-nilai yang dorang pandang berat. 


5. Ada apa-apa tak dalam diri saya yang korang nampak sebagai menonjol, yang mungkin menyebabkan diri saya tak layak untuk keje ni? 

Is there anything that stands out to you that makes you think I might not be the right fit for this job?


Maybe korang tak berjaya untuk interbiu ni. Tapi ada positive points gak korang boleh ambik dengan bertanyakan soalan ni. 

Kalau sebelum ni dorang ragu-ragu korang fit ke tak untuk jawatan ni, soalan ni menunjukkan yang korang boleh terima kritikan yang membina dan sedia untuk perbaiki kelemahan diri. 


10 ulasan:

  1. perkongsian yang bagus... mmg ada individu yg datang interview main main (tak bersedia)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri penah buat salah tu. Ini antara interview yang antara paling awal saya penah pegi lepas abis belajar dulu, pergi ke kompeni tu tapi xpasti position apa yang untuk di interview. adoi. sampai sekarang bile pikir, malu giler. haha

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. bagus juga soalan ni, selalu orang tak tau apa nak tanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulis soalan ni lam buku nota sebelum pegi ke interview nanti. :)
      saya highly rekomen.

      Padam
  4. Bagus ada tips untuk temuduga..terbaik ya

    BalasPadam
  5. pergh...soalan begini menang buat para penemuduga pening sikit fikir tentang jawapannya nanti

    BalasPadam
  6. tips yg bagus ni.. masa intebiu jawab jelah soalan2 yg ditanya. kalau nk lebih pun boleh hehehe

    BalasPadam
  7. sharing yg padat ... ptg untuk kita ask back sbnrnya.. point jgk tu..

    BalasPadam
  8. mesti busy kan heheh.. lama tak update blog :)

    BalasPadam