10 Contoh Terbaik Untuk Mulakan Post Blog Yang Buatkan Pembaca Stim

2:49 PG The Guide Genius 2 Comments







Masa saya interview kat Shell tahun lepas, dorang kata, kasitau kiteorang sikit pasal diri ko

Aku pun mulakan dengan, Saya boleh start kerja lepas interview ni habis

Korang mungkin pikir aku gila ataupun tak profesional, tapi itu cuma cara aku untuk break the ice. Betul teori aku. Sebelum interview tu, aku neves giler. Lepas aku break the ice dengan ayat macam tu, terus macam interbiu tu releks sikit. Dorang gelak, aku pon senyum-senyum kucing. 

Aku pun mulalah bercerita pasal diri aku. Apa aku belajar. Apa aku buat sebelum ni. Korang yang penah pegi interbiu mesti tau macam mana interbiu-interbiu ni kan? 

Keputusan interbiu tu: Aku dapat kerja kat Shell tu. 

Sama macam dorang yang interbiu aku tu, dorang ada ramai calon-calon yang datang untuk interbiu keja kat kompeni minyak tu. Jadi, untuk elakkan diri dari tenggelam dalam ramai-ramai tu, kena la ambik risiko sikit. Pastu konpiden dengan apa yang kita boleh tawarkan. 

Jadi kali ni, kita aplikasikan pulak untuk penulisan kita. Aku beri 10 Contoh Terbaik untuk Mulakan Post Blog Yang Boleh Membuatkan Pembaca Stim:

Teknik-Teknik yang Internet Marketer Selalu Guna


1. Pendek dan Ringkas


Bagi yang suka konsep Minimalist, ha, bersoraklah! Kadang-kadang tu bila kita mulakan dengan sikit-sikit tu sebenarnya lagi baik. 

Contohnya, 

Tajuk Post: 10 Cara untuk Berkongsi Post Korang Kat Facebook


"Nak Dapatkan Spotlight Untuk Post Korang Kat Facebook? 10 Cara Ni Gerenti Dapat Bantu Korang."

2. Perenggan Pembukaan Yang Pelik/Lawak


Kene ingat. Kita bukan tulis untuk robot. Tapi untuk manusia. Jadi, rasanya bahagian ni kita kene sentiasa ingatkan diri selalu. 

Bukan Robot. Tapi Manusia. Bukan Robot. 

Contohnya,

Mungkin korang akan rasa lega bila aku hampir pergi ke Parti Gay Sabtu lepas dan tajuk post ni mungkin diberikan sebagai, Trauma di Malam Sabtu di Parti Gay. Tapi sebab aku masih rasional dan waras, aku cancel plan tu. 

Disclaimer: Aku bukan Gay. 


3. Tanya Soalan yang Mencabar Minda


Bila orang tanya kita soalan, tergerak hati nak jawab. Takleh nak buat apa. Itu dah lumrah kita sebagai manusia. Tapi bila mulakan dengan soalan cam gini, jangan lah tanya selalu soalan yang orang jawab terus tanpa pikir, tak minat dan ade aku kisah? 

Dalam erti kata lain, tanya soalan yang relevan dengan pembaca korang. 


Contohnya, Tau tak apa yang kawan-kawan gosip pasal korang bila korang tak de kat situ? 

4. Tanya Soalan MCQ


Yang ni sangat membantu kalau korang nak berinteraksi dengan pembaca korang. 

Contohnya: 

Pop Quiz: Mana Satu Yang Korang Setuju? 

1. Kalau dah Bodoh tu, akan kekal Bodoh
2. Ada yang memang lahir kreatif, ada yang tidak
3. Kita sentiasa boleh ubah personaliti kita
4. Kita boleh berjaya kalau kita sentiasa berusaha 

5. Fakta dan Statistik



Tau tak, tahun ni saja (2015), ada 123 122 kematian berlaku di negara kita. 


Kalau korang pandai pilih apa yang nak dikongsi, banyak sangat statistik atau fakta yang menarik yang boleh korang kongsi dengan pembaca. 

Cubalah. Pergi usha Department of Statistics, Malaysia. Banyak sumber untuk blog korang jugak. 

6. Kongsi Cerita Peribadi


Yang ni style sebab bagi peluang untuk pembaca rasa macam ada connection dengan korang. 

Contohnya, masa aku kongsi interbiu aku dengan Shell. Kalau korang kerap buat macam ni, dengan teknik yang betul dan cara penyampaian yang menarik, korang maybe boleh jumpa pembaca yang berpontensi untuk jadi pembaca jangka panjang untuk blog korang. 

7. Lek. Jangan Jawab Dulu


Ni anggap lah macam kita tengok trailer movie. Contohnya, sebelum Avengers dulu keluar kat wayang, Marvel keluarkan satu demi satu trailer movie tu yang membuatkan kita nak sangat tengok movie tu. 


Aplikasikan konsep yang sama untuk penulisan kita. 

Contohnya, 

Anda ingin tau macam mana Tun Dr. Mahathir hampir gagal jadi Perdana Menteri Malaysia dulu? 

8. Lawan Balik Fakta



Yang ni, dalam erti kata lain, macam:

Bumi ini berbentuk sfera. 

Anjing dan Kucing akan sentiasa Bergaduh

Teknik penulisan macam ni, jangan setakat "persetankan" fakta tu pastu ubah ikut suka tanpa sebarang backup penjelasan dalam post korang. 

Kekadang ramai lah jugak yang nak guna teknik ni, pastu merapu sepanjang post. 

Kalau korang nak tulis, Mak Saya Kata Anjing dan Kucing bukannya suka bergaduh dengan satu sama lain. 

Jadi, korang mula lah terangkan apakah logik atau penjelasan disebalik statement mak tadi. 

9. Kongsi Cerita Kejayaan


Yang syok nya pasal teknik yang ni, kejayaan tu mungkin kejayaan korang sendiri. Ataupun, korang boleh bercerita tentang kejayaan orang lain. 

Contohnya, 


Tajuk: Macam Mana Warren Buffet dapat  menjadi antara individu yang paling kaya di dunia dengan konsisten? 

Perenggan Pembukaan: Dilahirkan di Omaha, Nebraska, Warren Buffet dah mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dari kecil lagi. 
Antara perniagaan terawal yang dilakukan oleh Buffet adalah dengan menjual gula-gula getah, dan botol Coca-Cola. 

Dan seterusnya. Dapat gambaran kan macam mana? 

10. Mulakan dengan Soalan 


Kadang-kadang kita selalu terbawak-bawak untuk tulis post yang hanya kita (atau mak kita) yang akan baca. Tapi tak bermaksudnya pembaca nak baca, ataupun berminat nak baca. Ini namanya syok sendiri. 

Jadi, macam mana? Ni kita buat "market research" sikit. Kalau korang pernah terlibat dalam projek untuk memasarkan produk baru, korang kene paham produk ni nak dipasarkan kepada siapa, dimana dan kenapa korang pilih "siapa" dan "dimana" tu tadi. 

Cara senang, korang boleh pergi ke blog-blog orang lain pastu baca komen-komen pembaca blog tu. Dari situ, korang boleh dapatkan gambaran apa yang ramai orang tertanya-tanya. 

Contohnya (soalan pembaca), 

Jon, ade tips tak macam mana nak buat isi yang menarik untuk blog saya? Saya dah cuba untuk pikirkan nak tulis apa, tapi selalu struggle nak cari apa benda yang nak ditulis. 

OK. Ni contoh soalan. 

Jadi, kita buat satu post yang menjawab pertanyaan/ komen tu tadi: 


Contoh: Macam mana nak buat lagi banyak content untuk blog?

Selitkan soalan tadi dibawah tajuk post. Ni untuk tunjuk kat pembaca korang kenapa korang pilih tajuk ni. 

Jon, ade tips tak macam mana nak buat isi yang menarik untuk blog saya? Saya dah cuba untuk pikirkan nak tulis apa, tapi selalu struggle nak cari apa benda yang nak ditulis. 

Lepas tu, mulakan dengan perenggan seterusnya. 

Saya haritu ada pergi lawat blog terkenal Malaysia lepas tu perasan ada pembaca kat ruang komen blogger tu yang bertanya soalan diatas. Saya harapkan cara-cara yang saya akan kongsi ni dapat bantu yang lain, yang mungkin mengalami masalah yang sama.

Nampak tak pattern teknik ni?  Style kan? 

Kalau korang folo 10 contoh ni dalam penulisan korang, tak kisahlah untuk blog ke, untuk resume ke, ataupun untuk e-book korang ke, teknik-teknik yang dikongsi boleh bantu korang untuk tangkap perhatian pembaca dan membuatkan dorang nak tau lagi. 

Ni lah yang selalu otai-otai copywriting selalu guna. 

Aku selalu guna teknik-teknik ni dalam projek-projek untuk client yang hire aku untuk copywriter atau content creation. Dan banyak jugak untuk buku-buku aku sebelum ni. 

Mula-mula, rasa janggal. Kekok bila nak menulis, nak pikir macam mana. 
Jadi kalau ada yang korang tak pasti, ataupun nak tau lebih lanjut, bolehlah bertanya kat ruang komen dibawah. Boleh jugak emel saya di cliveeinstein@gmail.com. 

Ataupun, lagi senang, subscribe blog ni. 





2 ulasan:

  1. Huu!! betul2 kaw kaw entri ni..best gilar lah..akan cuba praktikan mana tau grafik mencanak lagi..

    BalasPadam
  2. saya dapat agak bahawa bro seorang yang lawak ..betul tak..nie komen out of topic

    BalasPadam