Servis Blog Percuma

6:15 PG The Guide Genius 2 Comments


Ikhlas Nak Bantu Design Blog Korang


Korang pernah dengar pasal responsive template tak sebelum ni? Bagi korang yang tau sikit-sikit HTML, dan rajin godek, benda ni senang untuk belajar  dan buat sendiri. Banyak sumber template yang korang boleh guna dari internet secara percuma. Yang tinggal cuma perlu ubah sikit-sikit je lagi. 

Tapi kalau tak, jangan risau. Tulis ni ikhlas nak bantu. 

Asal Nak Tolong?


Sebab gomen selalu naikkan harga barang baru-baru ni, jadi ingat nak tawarkanlah servis untuk bantu blog korang dari segi kosmetik. 

Kalau sesiapa terpikir nak buat makeover, cakap je nak mintak tolong kosmetik di ruang komen kat bawah. Jangan tinggalkan sebarang details yang sensitif seperti password emel, dan nama penuh. 

Kalau korang tak nak buat complete makeover pun, header sahaja atau sebarang benda lain yang untuk menambahkan seri blog korang, jangan segan bertanya. Saya akan bantu sebaik mungkin. Tiada caj. 

Saya dah mula blogging semenjak tahun 2005. Dalam 10 tahun berblogging, ada lah belajar satu dua benda yang saya rasa boleh membantu korang jugak. 

Yang tawaran ini bukan untuk buat web development dari scratch, so senang nak implement. Kalau nak betul-betul web development yang gunakan Joomla, Dreamweaver tu, itu barulah cerita lain. 

Contoh website dan blog saya yang lain adalah seperti, 

Ini

dan 

Ini,

dan 

Ini

Yang terakhir sekali tu, guna Wordpress. Sebelum ini ada plan nak berpindah ke Wordpress tapi dah biasa guna Blogger, tu yang asyik tangguh plan. Jadi sekarang nak bagi trial guna untuk 6 bulan sebelum beli domain untuk wordpress tu. 


Contoh Blog Makeover untuk Korang: 














Apa-apa pun, jangan malu-malu. Tinggalkan komen korang kat bawah atau boleh terus emel ke cliveeinstein@gmail.com

Enjoy! 

2 ulasan:

  1. dah lama terfikir nak 'salin kulit' blog... tetapi sejak akhir2 ni takde banyak masa yang terluang :-)))

    BalasPadam
  2. betul tu. kekadang ambik masa sampai setengah hari sblm berpuas ati lepas tukar html nyer code tu.

    BalasPadam