Tutorial Meta Description Untuk Blog Blogger Korang


Teknik untuk Belajar Meta Description




Tapi, Meta Description tu apa? 



Saya ada berkongsi apa yang korang boleh buat kalau korang nak start blogging, dalam 8 Tips Sempoi Untuk Mula Blog. Kali ni, saya nak berkongsi pasal Penerangan Meta pulak, atau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Meta Description. 

Contoh kalau korang buat Meta Description dengan betul, bila orang search pasal sesuatu benda kat Google, Yahoo atau Bing, macam ni lah rupa result tu nanti: 



Bila orang search pasal "Life Hack", Penerangan website pertama dalam result, adalah "pointers on productivity, getting things done and lifehacks". 

Untuk lebih spesifik, penerangan meta (meta description) akan keluar dalam search result dan juga Google+, Facebook dan media sosial yang lain lain. Senang citer, penerangan meta ni lebih kurang macam IC blog kita lah kat internet. 


Kenapa Meta Description Penting?


Bulan 8 hari tu saya ada apply untuk jadi contributor Lifehack. Website ni antara website yang terbesar di dunia dalam yang banyak mengandungi artikel yang dapat diaplikasikan dalam hidup kita untuk menjalani hidup yang lebih baik. 


Sebelum artikel saya dapat diterima dalam website lifehack, team admin dorang memang sangat strict pasal aspek meta tag, meta description, SEO guideline ni. Sebab dorang nak artikel-artikel yang dikeluarkan dalam website ni senang di capture oleh search engine. 


Meta Description untuk Blogger


Jadi, kali ni, saya akan beri korang sikit penerangan macam mana nak pastikan penerangan meta korang dibuat dengan betul kat Blogger. Khas untuk Blogger. 

Dalam post 8 Tips Sempoi untuk Mula Blog sebelum ni, saya ada berikan contoh Wordpress sebagai salah satu contoh blog platform yang lain. Kalau korang guna Wordpress, tak yah nak risau sangat pening-pening pasal pasal penerangan meta sebab dorang dah ade plugin yang kita boleh turn on/off cam tu je. 

Untuk Blogger, kene buat keje sikit. 

Cara-Cara nak Setup Meta Description dalam Blogger


Pertama sekali, pergi ke Dashboard korang > Settings > Search Preferences > Meta Tags > Description dan klik edit. 


Screenshot di atas ni untuk blog The Kampung Malaysian ni. Jadi bila saya search blog ni kat Google, macam ni lah result dia akan keluar nanti. 

Jangan lupa klik "Yes" untuk bagi bende ni jalan. 


OK. Senang kan nak ikut setakat ni? Lepas ni, saya nak kongsi pasal penerangan meta untuk setiap post yang kita tulis dalam blog. 


Contoh diatas adalah untuk artikel ni. Kalau korang share post korang kat mana-mana lepas ni, ataupun orang jumpa post korang ni kat Google result, ayat ni lah yang keluar. 

Lepas korang dah setel apa ayat yang nak ditulis, klik "Done". 


Guna Metachecker


Kalau korang dah ikut apa yang saya kongsi diatas, sekarang mari kita test pulak kalau ada apa-apa yang kita salah buat. Kita pergi ke website ni, Metachecker

Kemudian, isi alamat blog korang kat kotak hijau tu dan klik "Check". 


OK. Bahagian ni nampak susah, tapi jangan risau. Saya ikhlas nak bantu. Ada masalah sikit kan bila tengok apa keputusan metachecker di atas. 

Pertama, description blog Kampung Malaysian ni adalah:
mystery responsive blogger template | seo blogger template. 

Kedua, keywords blog ni adalah:
responsive blogger templates, free blogger templates, templates for blogger free, blogger xml, premium blog themes. 

Penjelasan kenapa dia jadi macam ni: 
Sebab template blog ni diimport dari SEO Blogger Templates. Jadi saya tak edit betul-betul masa install template blog ni. 


Sekarang pulak, kita tengok analisis meta kat screenshot di atas. 
Pertama, Author: Found No Meta Tag

Kedua, Description: Description relevancy to page content is terrible

Ketiga, Keywords: Keywords relevancy to page content is terrible

dan 

Keempat, Title: Title Relevancy to page content is terrible

Apa kata korang cuba pulak letak alamat blog korang kat metachecker pastu tengok result apa yang keluar? 

Nak selesaikan masalah ni senang je. 

1. Pergi ke Dashboard > Template > Edit HTML

2. Pastu, cari Keywords yang keluar dalam Analisis tu tadi (nak search, klik control + F )  dan korang akan jumpa baris code tu kat mana. 


Sekarang cuba korang perhatikan baris 19 dan 20. 
Nampak tak apa yang ditulis kat situ? Sama macam yang keluar dalam result metachecker tadi kan? 

4.  Lepas kita da kenalpasti barisan mana, kita betulkan lah mengikut identiti blog kita ni. 

Contohnya, korang buat blog pasal fotografi. 
Keyword korang boleh letak macam ni: 

Photography, Photography techniques, lighting, photo editing dan lain lain lah, ikut apa yang korang nak tulis. Pikirkan subjek dan huraikan subjek. 

Pastu, untuk penerangan meta, korang ikut je apa yang korang isi kat search preference tadi. 

Sebagai contoh, untuk blog ni, 

Blog Sembang-Sembang Isu-Isu Semasa di Malaysia
5. Berikan Identiti kat Blog Korang

Copy code kat bawah ni pastu letak di antara <head> dan </head>.

<meta name= 'author' content='nama korang' /> 
<meta name= 'email' content='emel korang' /> 
<meta name= 'language' content='bahasa blog korang' /> 
<meta name= 'country' content='negara korang' /> 
<meta name= 'generator' content='blogger' /> 
<meta name= 'robots' content='noodp,noydir' />

Meh saya tunjukkan nak letak macam mana. Copy code kat atas pastu letak kat sini, dibawah <Head>. 



Nampak kan saya letak kat mana? Saya dah highlight kan, dari baris 31 ke baris 36. Yang penting letak bawah <Head> dan sebelum </Head>. 

Pastu, isi lah apa yang patut. 

Nama, Emel, Bahasa, dan Negara. 

Lepas korang isi apa yang patut, klik Save Template. Kemudian, kita check balik kat Metachecker dan tengok balik result blog korang caner dia keluar. 

Harap post Tutorial ni dapat bantu korang. 

Apa-apa korang tak pasti macam mana nak buat, jangan segan tanya kat bawah. 

Kalau korang terus Google nama blog korang lepas buat benda ni, Google belum terus ubah on the spot. Ambik masa seminggu-dua minggu baru perubahan tu dapat nampak. 

Projek Fotografi CANON EOS 1200D Selesai



                       

Client Pertama Projek Fotografi Saya


Baru diberi peluang untuk dapatkan client projek fotografi saya dengan menggunakan CANON EOS 1200D yang baru saya beli. Client pertama saya: kakak saya sendiri. Bila sampai rumah tengok hasil yang ada, banyak lagi perlu belajar. Tapi masih berpuas hati sebab boleh dapat pengalaman untuk improve lagi untuk client-client yang seterusnya.  

Sekarang ni, syukur dari penjualan buku terbaru saya, ada lah sedikit extra duit untuk beli lens baru. Ingat nak cari yang boleh bagi feature wide lens supaya boleh cover lagi banyak ruang dari jarak dekat. 

Korang yang otai-otai dalam dunia fotografi, ada nasihat tak? 

Projek Fotografi bersama Canon EOS 1200D












5 Dilema Hidup Yang Menyebabkan Rambut Aku Gugur







Dilema yang Nampak Remeh, Tapi Ini Semua Kisah Benar


Masa tengah edit gambar kat Adobe Lightroom petang tadi, rasa panas lah pulak masa menulis. Berdiri sekejap lepas tu tengok diri kat cermin. 

Adoi. Rambut dah panjang. 

Nak gunting ke tak? Gunting ke tak? 

Kalau gunting, kene pergi ke kedai gunting. 
Nak ke kedai gunting, kene ambik kete. Hidupkan kete pastu drive ke kedai gunting mamak kat sebelah Sunway. 

Akhirnya, lepas struggle dengan dilema dalam diri, balik ke meja, batal niat nak gunting rambut. 

1. Gunting Rambut


Nak pergi makan. Kawan dah sampai dah kat bawah condo, nak gerak pergi makan tengahari Sabtu. 

Awal-awal pagi dah mesej , makan jom

Jom. 

Bila dah siap: mandi, sembur perfume, pakai baju, letak gel kat rambut, dah ready nak pegi isi perut. 

Bila masuk kete kawan, aku tengok dia, dia tengok aku. 

Makan mana? 

Macamlah Kolumpo ni takde kedai makan satu pun. 

2. Tempat Makan


Nak keluar tengok Manchester United main. Game start pukul 9.45 pm. Malas tengok kat rumah sebab tak feel. Takde Teh tarik. Takde mamak lari sana sini amek order. Wajib keluar setiap kali game United kat TV.

Pergi ke almari baju, cari jersi United takde. 

Pergi ke washing machine, rupa-rupanya belum basuh. 

*Menyumpah selama 2 minit*

Pergi balik ke almari, tengok baju yang ada. Semua tak ngam. Baju bukan sehelai dua, tapi macam takde satu yang kene. 

3. Baju Apa?


Sampai kat kedai makan. Orang kata makanan kedai ni sedap-sedap. Memang betul. Bila bukak menu, pilihan air menarik. Makanan pun banyak gile. Mana satu ni? 

Waiter tengah tunggu order, berdiri sebelah meja. 

Member-member semeja semua dah jumpa order masing-masing. 

Apa nak pilih ni? 

4. Pilihan Makanan Banyak Sangat


Duduk kat bangku di SS15, Subang. Tengah nak order makanan kat kedai Asia Cafe. 

Masa tu, ramai pulak awek tetiba muncul dari pukul 6, 9, 2, 3, 10. 

Kawan di depan kata, weh, pukul 10. pukul 10. 

Disebelah pula, pukul 3. 

Belah kiri, pukul 6. 

Mana satu nak cuci mata ni? 

5. Ramainya Awek


Apa pula dilema hidup korang yang menyebabkan rambut gugur? 

8 Tips Sempoi Untuk Mula Blog







Cara-Cara yang Dapat Kurangkan Stress Korang Masa Baru Mula Berblogging


Jadi, korang nak start blogging tapi tak pasti macam mana? Korang tak pasti nak cuba Blogger ke, Wordpress, Tumblr, Ghost, Medium--tapi ikut citarasa masing-masing, ni semua cuma platform untuk korang tulis post korang. 

Baru-baru ni saya mula guna Ghost dan Medium. Apa yang saya rasa kurang sangat pasal Blogger ni, platform untuk interaksi diantara bloggers yang menggunakan platform Blogger. Wordpress dan Medium antara yang sediakan "lobi" untuk perkongsian yang lebih lagi direct, style dan interaktif berbanding Blogger. Banyak e-book saya pun dapat dijual bila saya gunakan Medium. Kalau Ghost pulak, kalau korang nak berkongsi source code programming yang korang tulis, lebih senang untuk copypaste dari website korang kat Ghost ke tempat lain. 


Citarasa setiap orang kan lain-lain

Tujuan saya tulis pasal platform-platform yang lain ni sebelum ke 5 Tips dibawah sebab nak bagi korang gambaran progress blogging platform beberapa tahun ni. 

Ada yang gunakan blog bercerita pasal:

Travel
Fotografi
Resipi Masakan
Diari
Berjual baju, tudung

dan lain-lain

Apa-apa pun, tujuan artikel kali ni adalah untuk berkongsi 5 Tips kalau korang nak start blogging: 


1. Guna Blogger


Antara semua yang saya tulis tadi (Blogger, wordpress, tumblr, typepad), Blogger adalah platform yang paling senang nak paham untuk beginner
Korang tak perlu nak pening-pening nak mencari tempat untuk tulis artikel, letak gambar kat header blog. Basically, ni lah yang paling senang nak paham. 


2. Tulis Apa yang Korang Tau


Paling senang kalau korang tak pasti nak buat apa dengan blog korang, tulis pasal apa yang korang tau. Jadi, lagi senang korang nak pikir apa yang nak ditulis dari semasa ke semasa. Maybe korang reti buat kek, buatlah blog pasal buat kek. Kalau pasal fotografi, ceritakan apa teknik yang korang gunakan masa ambik gambar. 


3. Alamat "Rumah" yang Senang Orang Ingat

Kekadang masa kita pikirkan nama untuk blog kita, nama tu orang lain dah ambik. Contohnya, blogging.com 

Tapi kita nak juga blogging tu ada dalam url. Kita pun letaklah blogging1234 sebagai url. 

Melainkan korang tulis untuk bacaan sendiri, pilihlah nama yang senang orang ingat. Takde lah nanti terkial-kial bila nak beritahu alamat blog kat dorang. 


4. Jangan Beli Domain Dulu



Maybe korang nak url korang takde .blogspot atau .wordpress. Korang pun pergilah beli domain kat GoDaddy, Serverfreak. Selalunya murah. Dalam RM 40 hinggit setahun. 

Tapi memandangkan baru start, beri masa 6 bulan untuk trial period. Mana tau korang tak suka alamat blog korang 3 bulan nanti. 

5. Interaksi


Salah satu pasal blogging ni, lebih best kalau kita start berinteraksi dengan para blogger yang lain. Yang ni dikenali sebagai blogwalking. Pergilah ke blog orang lain dan komen bukan sekadar komen. Tinggalkan komen yang berkaitan dengan artikel yang ditulis. Bila macam tu, lagi senang untuk bina repo dengan blogger lain. 




Advance Sikit

Okay, sekarang kita ke advance sikit. Nanti saya akan buat screenshot untuk yang bawah ni supaya korang boleh ikut dengan mudah. 


6. Install Google Analytics


Google Analytics ni free. Korang cuma perlu pergi ke site Analytics ni, register blog korang, ambik ID dan copypaste kat blogger settings. Lepas korang dah buat ni, korang boleh dapat analisis dari Google pasal blog korang. 


7. Keyword



Penggunaan Keyword ni adalah antara satu aspek blogging yang banyak membantu saya untuk jual e-book yang saya tulis selama ni.

Contohnya, korang tulis pasal resipi untuk buat kek. Keyword utama korang maybe kek coklat dan huraian keyword korang maybe kek coklat untuk yang berdiet. Jadi korang boleh tulis artikel berpandukan keyword tu tadi: Macam mana nak buat kek untuk orang yang berdiet?

Tapi kene ingat, sekarang ni Google sangat strict kalau ada orang yang spam keyword dalam artikel dorang sebab ingat, kalau wat cam tu, naik lah dalam google search tu nanti. Kalau korang buat macam tu, tinggi peluang korang kene ban dari Google search.  



8. Belajar dari Pro



Sekarang, dah ramai yang dah mula blogging. Ramai veteran jugak yang dah lama guna platform blogging ni. Jadi, sumber untuk belajar macam mana dorang menulis, apa yang dikongsi dan bagaimana dorang berinteraksi, semua ni sumber-sumber yang korang boleh rujuk. 


Dah dapat gambaran yang lebih jelas sekarang? Mungkin saya patut masukkan siapa yang akan baca blog korang, untuk yang bercakap bahasa inggeris je ke ataupun yang paham bahasa melayu je?

Apa-apa pun, blogging ni tak patut buatkan korang rasa macam terpaksa nak post. Buat proper planning untuk memudahkan korang nak tulis bila dan nak tulis pasal apa. 

Paling penting, enjoy